Seorang budak lelaki telah tinggal bersama jirannya selama beberapa hari menjelang Perayaan Cahaya, Deepavali. Jirannya merupakan sebuah keluarga campuran dan pasangan India-Cina tersebut mempunyai sepasang anak kembar yang mesra. Budak lelaki itu berpeluang untuk meraikan Deepavali bersama keluarga India tersebut sementara tertarik dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Buku bergambar yang berwarna-warni dan setebal 36 muka surat ini telah menggambarkan perayaan Deepavali serta butirannya dengan jelas, di samping menonjolkan kekayaan setiap aspek budaya.
Tahukah anda bahawa terdapat beratus-ratus dialek dalam kalangan orang India, atau mitos Diwali adalah berbeza-beza di seluruh wilayah yang terdapat di India? Buku ini meneroka pelbagai aspek, daripada kepentingan muruku kepada peranan yang dimainkan oleh Rangoli yang cantik. Buku ini memberikan pengertian yang mendalam tentang tradisi meraikan Deepavali, menjadikannya bahan bacaan yang komprehensif dan juga menyeronokkan untuk kanakkanak di Malaysia.







